Jom Terjah ~^^~

Tuesday, January 11, 2011

Kisah seorang hamba Allah

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi


hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu   bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau 
yg   kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah 
nipun    lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.    Sebab dia dah lapar sangat ni.    Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni 
punyalah    takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah  diperlihatkan sebuah perigi did epan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut 
pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di 
tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada 
apa kat  bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor  tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat  atas tikus tu gigit tali tu pulak.  Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna  hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!c it!cit! sampai kat
atas.Tikus  hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nakbuat  ni.... habislah jadi mangsa buaya.    Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali  putus danj atuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba    Allah tu berfikir cam ner naks elamatkan dirinya,



tetiba....terdengar    satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu...  bunyi lebah bawa madu. Si hamba 
Allah    ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.     Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tukata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya 
yg menantinya di bawah.

    Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. 
Harimau
yg    mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, 
so    beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan 
Nakir yg    menanti kita di alam kuburn nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut
tadi    adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur
kita    dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.   Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam 
yang    sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa 
pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

No comments:

Post a Comment