Jom Terjah ~^^~

Monday, March 21, 2011

Perdana Ukm dekat di hati..~~

Assalamualaikum sahabat-sahabat..
harap2 sihat semuanya...maaf byk2 sbb lame dh x update blog..
Maafkan kami..maafkan kami..heehe..macam lagu dlm cite P.Ramlee la plak..
ce cite ..ce cite...hehe

ni teman nk cite...
tajuk dia..
bila hatiku berbicara..
hehe..jiwang la plop mlm ni..

kata2 hatiku...
2 hari lepas adalah hari bersejarah buatku..
bila mana hati ini berikrar untuk melaksanakan amanah yang diberikan
terasa ade satu tanggungwab yang besar menungguku...
tanggungjwab kepada Islam...tanggungjawab kepada Perdana..
Aku mesti melaksanakan amanah yang diberikan sebaiknya..
kerana ku tahu semua AMANAH  itu datangnya dari Allah,,,
kerana di Akhirat kelak,setiap amanah akan dipersoalkan..

bila hati ini berkata-kata..
pelbagai perasaan yang ingin diluahkan....
berasa gembira bila dapat bersama dengan Perdana
berasa gembira sebab dapat beri kerjasama untuk Perdana
tapi berasa takut andai tidak dapat memegang amanah..
berasa kerdil bila berhadapan dengan orang yang lebih layak memegang amanah ini..
kerana ku tahu..aku hanya insan biasa..

walaupun baru sahaja dalam Perdana
terasa dekat sgt di hati ini..
melihat kesungguhan mereka yang benar2 bersungguh untuk membangunkan Perdana..
aku terharu..
hatiku sebak..pertama kalinya bekerja bersama mereka..sehingga lewat malam
sampai aku sendiri ditimpa ujian
yang x mungkin aku lupakan..

di sini dekat di hati nk ucapkan 
Tahniah n Takziah kepada semua pimpinan baru
Persatuan Anak Negeri Kelantan Ukm (Perdana)
semoga semuanya dapat menggalas amanah yang diberikan dengan sebaiknya
semoga ukhwah yang dibina ,disemai dan berkekalan
insyaAllah..
Perdana Ukm sentiasa dekat di hati..^_^

Carta organisasi PERDANA UKM

alhamdulillah..ana ditaklifkan sebagai timbalan exco informasi dan teknologi maklumat..semoga dengan taklifan ini, 
semuanya dapat menjalankan amanah yang diberikan sebaiknya...nasihat untuk diri ana sendiri..insyaAllah..

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami di Jepun Bukti Kiamat Semakin Hampir..~~

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

credit : jeming hasan (http://www.facebook.com/notes/jeming-hasan/tsunami-di-jepun-bukti-kiamat-semakin-hampir/10150120762093350)

Di petik dari : By: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)
 
P/S; Rase insaf mase lihat video tsunami kat Jepun..Betapa hebatnya kuasa Allah..Bila-bila masa sahaja Allah boleh datangkan ujian kepada hambaNya..Semoga kisah Tsunami di Jepun dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita yang masih lalai dengan kehidupan dunia..Dunia ini hanyalah sementara..akhirat yang kekal abadi..Same2lah kita mempertingkatkan amal ibadah selagi nyawa masih ada dan semoga kita dimatikan di kalangan org2 yang beriman.

Friday, March 4, 2011

menang 10 ribu?? biar betul...

Assalamualaikum..n salam ukhwah..
ana nk cite cket ni..
tengahari tadi ana bole satu panggilan..
naik satu nombor yg x dikenali..
ana pun angkatla,kot2 ade kecemasan ke ape ke..
tut2 dengar suara mamat indon dengan gaya macam org pejabat

jom ikuti perbualan ana kat bwh

MR. indon: assalamualaikum
ana: waalaikumussalam..
Mr indon: ini pemilik nombor "014-............" ke???
ana: ye..kenape ye?? dalam hati,,tertanye2. sape ni??.org indon ke ni?? suara macam org indon..
Mr indon: saya dari syarikat Celcom nak beritahu bahawa pemilik nombor ini serta keluarga telah terpilih memenangi peraduan Celcom sebanyak 10 ribu..jadi kami dalam proses untuk mendapatkan nombor akaun anda untuk memberi hadiah tersebut..(macam ni la gaya mamat ni cakap dlm bhs malaysia walaupun still ade loghat indon?

Dalam keadaan masih terkejut ( and x sedar lagi yg mamat ni nk tipu ana) ana terdiam sambil berkata dalam hati ana: biar betul??? wow rezki ana ke ni?? tp kenape org indon?? hahaa..kelakar pulak kalau pikir semula..
dan ana terlepas cakap kat mamat ni

ana: suara macam orang indon jer ni..
Mr indon: (terus mematikan telefon)

ana: ya Allah, mamat ni nk tipu aku sebenarnye...nasib baik ana terlepas cakap macam tu,,kalau x, tak tahulah camne..kalau betul pun,, ana..tak kan sekali2  bagi akaun bank..

P/S: Ade jugak manusia macam ni??
name lagi manusia,,macam2 ade.. jangan mudah tertipu dengan panggilan yang tak dikenali..
pastikan panggilan dari sumber yang betul dan dipercayai..
10 ribu ke berapa ribu ke..janji kena ingat,,orang bukannye mudah nak bagi senang2 kat kite duit kalau x masuk ape2..