Jom Terjah ~^^~

Sunday, September 26, 2010

Reka Cipta Kulit Buku..PerHiaSan WaNiTa MuSliMaH..


Alhamdulillah..akhirnya berjaya jgk sy hasilkan kulit buku untuk subjek Teknologi Dalam Pendidikan..Walau sekadar kulit buku dan nampak simple,  namun berbaloi jugak rasenyer belajar microsoft power point..Ade jugak hasilnya..hehe..Sape-sape yang singgah kat blog ni, silakanlah komen..sama ada nk tambah atau kurangkan, anda semua bole cadangkan dalam kotak komen di bawah..

jaLaN2 AidiLfitri...country height..Putrajaya..with van Ajaib..

Hari ini hari yang ceria.buatku brsama shbt2..
alhamdulillah..
jalan2 Aidilfitri. n yang pnting.jalan2 cari makan.hehe..
akhirnya dapat juga beraya di rumah Ustz Harun setelah beberapa hari bncang pasal kenderaan
tut3..muncul sebuah van..hehehe
bkn muncul sendiri,tapi van sewa..yg last skali kami bg gelaran 
van ajaib..hehe..
sapela yg bagi gelaran van ajaib ni eek..biarlah tuannye sdiri yg tahu..hehe
rmh ustaz yg kami ziarah trletak kat perumahan 
sblm ni sy ingatkan country side..hehe
rupe2nyer coutry height..mmg patut pom dapat nama sdemikian
almaklumla rumah2 kat situ tinggi2 blake..hehe..
mcm istana raja plk..rmh datuk datin..
and rumah ustaz terletak kat surau AnNur
x prnah lagi tgk surau sebesar surau al-Nur..huhu.
nk buat cmner.
surau kat kampung pom biase2 jer
tu la trkejut sakan tgk surau tu..hehe..
sape2 yg prgi surau tu,seolah2 mcm duk kat masjid kat negara Arab
cantik sgt ukiran ayat-ayat suci al-Quran yang terdapat dalam surau tersebut..hehe
harap2 surau tersebut selalu diimarah oleh penduduk2 yg berada di situ..ameen..
lepas makan2,hehe...kami sume smpat brgambar bersama keluarga ustaz..
alhamdulillah,syukran ustaz..
sbb jemput kami beraya kat umah ustaz
bole jgk kenal surau al-Nur..hehe

kenangan bersama sukar dilupakan
 
 lepas beraye..hehe..posing kat tiang api

Sambung balik citer tadi..hehe..slps beraye kat umah ustaz,
sbnrnye dlm plan,nk balik ukm terus..tp disebabkan van ajaib yg kami sewa..
hehe..xlah ..sumenye ketentuan Ilahi..kita hanya merancang
Allah yang menentukan..ade juga kesempatan utk kami bersiar2
kat putrajaya..mmg bkn dlm perancangan..tapi Allah dh tetapkan..
so,kami gunalah sebaik2nye mase yg ade..
kat Putrajaya..tmpat mula2 kami singgah adlh masjid..
x ingat dh name msjid tu ape..hehe..dlm mse yg same kami sume ambil kesempatan 
utk bergambar..buat kenangan..

masjid kat putrajaya

Lepas tu,kami round2 kawasan msjd tu..brbelit2 ayt..sory kalau x fhm..
be continued..

Friday, September 24, 2010

TaK sEmPaT

Salam syawal dan slm aidilfitri pada sume kwn2..hehe..
x trlepas lg kn bln syawal..hehe
lame dh x aktif blog
bkn mslh bsr pun,
tp x sempat huahua..
hehe..maaf yer..
kalau nk taip
kna plh waktu free yg betul2 sesuai..
time mood baik,
time perut x meragam..haha
time asaimen dh kurang..hehe
biar still brtimbun lg..
nk citer
ckt jer..
sorry kalau ganggu
2 paper dah lepas
paper ape ek??
maharat n nahu
bkn pepper ...tp paper exm
alhamdulillah..
tp still runsim
trtunggu2 result..walau midsem skalipun
nk taw jgk..hehe
psni ktorang sume
nk brperang
bkn utk prtumpahan darah
still menyemai kasih di bumi..hahah
berperang guna senjata bermata tajam,,haha
pen,pensel
dlm dewAn exm
pd sume kwn2 yg menanti kehadiran exm
jom pakat2 tgk buku
tgk je ke??
tgk smbil ingat..hehe
apepom nk wish skt 
sblm brhnti menaip
sblm sign off blog
sblm ladtop tertutup
nk wish jgk
Selamat Hari Raye 
Maaf Zahir Batin
ingat taw..zahir n batin..
xde dah name lain
hehe
n Gud Luck
buat sume kwn2,member2,geng upin ipin..hhaaha
bkn utk exm sje
utk sume la..hehe
doakan yer..

Tuesday, September 21, 2010

5 syarat berbuat maksiat..renungkan dan ambil iktibar..


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
iLUVislam..

Saturday, September 4, 2010

Buat Hati yang Ketandusan Cinta

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.


Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.



www.iluvislam.com

Oleh: namakuyana

Editor: azzahra_solehah


Friday, September 3, 2010

Rindu sama kamuuuuuuuuu...maahad tercinta..

Assalamualaikum n slmt pagi buat sume shbt2 blogger or shbt di luar sana..pg2 ni gatal rasenye tanganku utk menconteng blog sendiri..hehe..biasenye pg2 cmni dlm mimpi lg..hehe..xtawla duk tringat kat blog jer..bukan sbb ape..nk luahkan kerinduanku sbnarnye..pd siapa yer??jeng3..pada sekolah lameku..Smu (A) mAahad Muhammadi Lilbanat Kota Bharu..lame dh rasenye ku tinggalkan sekolah ini..hampir 4 tahun..huhu..4 tahun jgkla aku x ziarah lagi sekolah ni n especially pada guru2 yang byk mengajarku..huhu..teringat semua kenangan lame kat maahad menggamit perasaanku..Kat sinilah aku belajar start dari form 1 smpai form 5..hehe..sblm tu ade kelas peralihan..alhamdulillah..bole lompat terus..hehe..first time brjaya naik kls..kikiki..susah jgk nk nek kelas form 1 ni,kna amik exm dlu..seingatku 10 subjek ..n 9 drpdnya lulus cemerlang..bkn nk bangga tp syukur sgt2...rzki time tu..hehe..sbnrnye nk citer byk ag..sblm tu tgk gmbr2 kt bwh n luahan kerinduanku pd maahad..hehe

Maahad Muhammadi (P) Jalan Merbau,KoTa Bharu...sekolah lameku..

Rindu pada kain purple, tudung labuh putih, baju kurung kancing ditangan
Rindu pada Nahu Lughah Arabiah, pada Balaghah, pada Adab Nusus.
Rindu sangat-sangat pada Tafsir Ayat wal Hadith.
Rindu juga pada Fiqh dan Tauhid. Pada Sirah Nabawi dan Tarikh Islam.
Rindu nak berLughatulArabiyyah yang sure dah berkarat-karat.
Rindu nak hafal ayat-ayat arab. tulis beribu-ribu kali.ulang ulang berjuta-juta kali.
Rindu pada Khat dan Imlak.

 tAmAn KaRisMa..

 BaNgunaN C..bdk2 peralihan,spm,pMr amik exm kt dwn ni

pAdaNg dari Bangunan B


lObi
Rindu pada suasana Maahad yang permai

Rindu nak berusrah bawah pokok tepi padang.
Rindu berdiskusi dengan member.

Rindu lepak-lepak sambil makan kat tepi longkang.
Rindu jawab exam kat luar kelas.
Rindu kat Ustazah-Ustazah, Ustaz-Ustaz, Cikgu-Cikgu.
Rindu kat Maktabah, kat bilik Badati, kat bilik Ko-Ku, bilik ICT, kat kantin A dan kantin B.
Rindu makan mee/bihun celup/tomyam kat kantin B.
Rindu beli yogurt Ustaz.

 Rindu time tunggu pintu belakang buka lepas sekolah.
Rindu pada toilet yang selalu tak de air.
Rindu ngan kelas tambahan, praktis hari sukan, kelab dan persatuan.
Rindu pada bau sungai Nil.

Rindu Thobur berjam-jam sampai lenguh kaki.
Rindu berebut-rebut nak beli kepok lekor samas.
Rindu nak berhari Sukan yang best!
Rindu nak pegi program Badati. Qiamullail. hehe..dlu2 jurus lagi..loni pom jurus jugop..hehe
Rindu nak handle program.
Rindu kat member-member cam   Akmami,huda,ateh,zaty,zainab,syakirah,ju etc etc etc kalu xtertulis soru weh,xsengaja!
Demm! aku rindu banget r sama Maahad!
Memang Maahad dihatiku r
I am one of Maahad Product 
Di bawah naungan Maahad Muhammadi Lilbanat dari tahun 2001 hingga 2006

Thursday, September 2, 2010

Percikan api neraka??


Pernah tak demam masa kita zaman budak-budak dulu? Mesti pernah dan apa yg mak kita akan buat? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah? Ada tak mak kita ambil tuala kecil, kemudian rendamkan dalam air asam jawa, pastu mak kita pun letak atas dahi kita. Ada tak? Semestinya ada. Betul tak wahai sahabat-sahabat sekalian?

Jadi di sini saya nak kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN.

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.



Last but not least, rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: "Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati".

Malam Misteri yang Dirindui Kedatangannya



Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.
Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.
Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud:

"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"

(Surah al-Qadr, ayat 3).


Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."




Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:

Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.

(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.


Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari."Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."


Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.


Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.


Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah.

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.


Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu'

[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :

"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut.

(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam,dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam

(sumber yang sama - 6342)."

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.

Wednesday, September 1, 2010

Pendidikan Islam & Teknologi..

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dunia globalisasi sekarang tidak boleh lari dengan kemajuan teknologi. Dengan kata lain, kemajuan teknologi telah bergerak seiring dengan proses perkembangan dan pembangunan pelbagai sektor dalam sesebuah negara. Teknologi yang dimaksudkan termasuklah dalam bidang pendidikan yang mana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pendidikan dan pengajaran. Masalahnya sekarang tidak semua guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kemudahan teknologi dalam pengajaran mereka disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kurang mahir dalam menggunakan peralatan teknologi,kemudahan seperti komputer yang tidak mencukupi dan sebagainya. Persoalannya ,apakah inisiatif-inisiatif   yang sepatutnya dilakukan untuk mengatasi masalah ini sekaligus meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran..
    Antara saranan yang dapat saya kongsikan di sini untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah:

1)Pihak institusi Pengajian Tinggi atau mana-mana maktab perguruan hendaklah mewajibkan para bakal guru untuk mengambil kursus Teknologi Dalam Pendidikan untuk memastikan para guru Pendidikan Islam yang bakal mengajar di sekolah-sekolah nanti berkeyakinan untuk menggunakan peralatan teknologi

2)Ada sesetengah guru yang sudah lama mengajar kurang berminat untuk menggunakan teknologi dalam proses P&P kerana kurang mahir dalam menggunakan bahan teknologi seperti komputer.Untuk golongan seperti ini, saya sarankan supaya pihak sekolah atau pihak kementerian Pendidikan menganjurkan pelbagai kursus kemahiran komputer atau seumpama dengannya untuk membantu mereka mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan dengan penggunaan teknologi.

3)Pihak Kementerian Pendidikan juga hendaklah menyediakan kemudahan teknologi seperti makmal komputer yang mencukupi. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan rungutan berkaitan kekurangan peralatan teknologi di kalangan guru-guru serta dapat menaikkan semangat mereka untuk memanfaatkan kemudahan yang ada.

4)Guru-guru   hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran berasaskan teknologi secara tidak langsung seperti mengambil kursus atau tuisyen dan perlu sedar akan kepentingan menggunakan bahan teknologi ini

5)Masyarakat atau badan-badan NGO bolehlah mengadakan kempen berkaitan dengan pentingnya kemudahan teknologi kepada bidang pendidikan Islam untuk menyedarkan lagi kepada para guru sama ada yang lama mahupun yang baru mengajar supaya menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran