Jom Terjah ~^^~

Monday, December 31, 2012

~kasihku abadi~

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh... 
-in-team-

Tuesday, December 25, 2012

tinta khas buat sahabatku

sahabatku..
andai ini warkah terakhirku..
maafkanlah segala kesilapanku
terhadapmu..

sahabatku..
aku bersyukur kerana mengenalimu
bersama-sama denganku
dalam perjuangan
menuntut ilmu..
mencari erti kehidupan
dan erti hamba pada Yang Maha ESA

sahabatku
masihkah kau ingat
kita bersama-sama
dalam suka dan duka
 mengharungi cabaran dan dugaan
sebagai pelajar
sebagai sahabat
 aku ingat itu
dan aku akan sentiasa simpan
di memori ini..

sahabatku
aku rindu pada kenangan kita
andai ku dapat memutar waktu
ku ingin sekali kembali
pada masa mula2 kita bertemu..

sahabatku..
pertama dan selama-lamanya
aku ingin memohon
kemaafan denganmu
andai aku tidak menghargaimu
andai aku pernah mengguris perasaanmu
andai aku tidak memahamimu

sahabatku
maafkanlah diriku
kerana keegoanku
kerana kelemahanku
kerana sikapku
aku sedar siapalah diriku
insan yang banyak kekurangan
dan banyak melakukan kesalahan

sahabatku
seikhlas hatiku
aku benar -benar menyayangimu
sebagai sahabatku
dunia dan akhirat
dan aku sentiasa mendoakan
moga ukhwah yang terbina ini 
berkekalan hingga ke syurga..

sahabatku
tiadalah kalimah perpisahan dalam benakku
kerana ku tahu
walaupun kita berjauhan
dirimu sentiasa dekat di hatiku.
.
sahabatku
aku sayang padamu
aku ingin menjadi sahabat baikmu
seikhlas hatiku
hanya itu yang mampu 
ku ucapkan..
selamanya moga Allah
sentiasa merahmati
ikatan ukhwah ini..
aamiin..


Sunday, December 23, 2012

warkah buat ibu~

-->
Bismillah pembuka bicara..
Ibu..
Gelaran istimewa buatmu ibu
Buat insan yang telah melahirkanku
Insan yang pernah membesarkanku
Mendidikku..mengajarku
Sehingga diriku menjadi seorang yang berguna..
Ibu..
Kaulah ratu hatiku..
Yang sentiasa dekat di hati ini
Walaupun jauh nun di mata
Ku merasakan dirimu sentiasa di sisiku..
Ibu..
Dirimu bagaikan payung di kala ku kehujanan
Dirimu bagaikan lilin yang menerangi di kala ku kegelapan
Dirimu bagaikan pelangi yang menceriakan di kala hati dalam kehibaan
Ibu..
Sungguh besar pengorbananmu..
Tidak tertulis rasanya untuk menceritakan pengorbananmu
Sejak diriku lahir sehinggalah aku dewasa
Dirimu tidak pernah jemu
Memberi semangat buatku
Memberi nasihat buat pedomanku
Memberi kasih sayang yang tidak terhingga untukku..
Ibu..
Keringat tua tampak jelas di wajahmu
Jelas menggambarkan dirimu banyak menderita
Berkorban untuk anak-anakmu
Namun sedikitpun tiada keluhan di bibirmu..
Tiada kegusaran di wajahmu
Hanya senyuman yang bermain di matamu..
Ibu..
Hanya satu kalimah yang ku ingin ucapkan padamu
Maaf..
Maafkan anakmu ini..ibu..
Andai  pernah berkasar denganmu..
Andai  pernah melukakan hatimu..
Andai  pernah menyusahkan dirimu
Sungguh  banyak rasanye khilaf denganmu..
 Ibu..
Hanya keampunan yang ku pinta
Kerana ku tahu tiada tempat buatku di syurga
Andai tiada kemaafan darimu
Kerana ku tahu syurga seorang anak hanya terletak di bawah telapak kaki ibu
Ibu..
Di saat ku rindu ku titipkan namamu
di dalam doa
Semoga Allah sentiasa melindungimu
merahmatimu
Walau di mana kamu berada..
Ya Allah..sampaikanlah salam rinduku buat ibuku..
Ampunilah dosa-dosanya..
Sayangilah beliau sebagaimana beliau menyayangiku sejak dari kecil..
Amin.


~ikhlas dari anakmu~ 
terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat anakmu.. 


.. ma dan abah yg ku sayangi..