Jom Terjah ~^^~

Saturday, January 22, 2011

12 Barisan di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18   Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..." 



Thursday, January 20, 2011

Kenapa diciptakan Neraka??


Ini kisah benar..saya ambil daripada facebook..Sebagai iktibar dan renungan buat dirku dan sahabat-sahabat.
kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. 
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. 
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. 


Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. 
Maka dia pun kena denda la…






Sunday, January 16, 2011

Air Mata Rasulullah saw..

Assalamualaikum sahabat-sahabat..jom kita ambil iktibar daripada kisah ini..Aku merinduimu ya Rasulullah..
 
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut Ada sebuah kisah 
tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui 
kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, 
burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan 
suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam 
kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
 
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al- 
Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku 
dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." 
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang 
dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan 
kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

Saturday, January 15, 2011

Aku redha dengan ujianMu ya Allah ~~

Assalamualaikum n selamat malam..
moga kalian sentiasa ceria n sihat-sihat selalu..
walaupun dekat di hati x berape sihat hari ini,
tapi tetap kugagahi jugak untuk menconteng dlm blog...
hehehe..semangat betol dekat di hati..


Kali ini Allah mengujiku lagi
dengan ujian kesakitan..
Aku redha dengan ujianMu Ya Allah..
Ujian inilah mengingatkan aku tentang dosa-dosa lalu
mengingatkan aku tentang kematian
menyedarkan aku tentang peritnya rase sakit..
yang selama ini aku sering leka
hanyut dengan kenikmatan
alhamdulillah Ya Allah
kerana Kau telah menyedarkan aku dengan rase sakit ini..


Walaupun dah banyak kali merasa
hampir banyak kali aku menitiskan air mata..
mengenangkan kesakitan yang ku alami
ketika ku keseorangan
tanpa bertemankan  ibu dan ayah di sisiku
hanya untaian tasbih yang menemaniku
mulut n hatiku bersuara
ya Allah....sakitnya..tulom aku ya Allah..
sembuhkanlah penyakitku
aku dah x sanggup menaggungnya keseorangan..


Ada ketikanya aku betul-betul redha
sekiranya Allah ingin mengambil nyawaku..
aku dah x sanggup menahan kesakitan
berpinar mataku
nafasku sesak
tubuhku menjadi lemah..
aku menggigil kesejukan..
dan aku tertidur..


Ya Allah,,mengapa Kau mengujiku dalam keseorangan
aku redha ya Allah
itu kehendakMu
tapi ku memohon ..ibu dan ayah bersamaku tika ku sakit..


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
untuk menghadapi setiap ujianMu
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku..
sembuhkanlah penyakitku
Amiiin ya Rabbal a'lamin


Andaiku pergi dahulu maafkanlah segala kesalahanku..


Thursday, January 13, 2011

Coretan buat arwah teacher tersayang..

انّا للہ و انّا الیہ راجعون
"Surely we belong to Allah and to Him shall we return"
"DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI"

Belangsungkawa buat Teacher Tersayang Ainun Hayati Bt Abdul yang telah pulang ke Rahmatullah pada tanggal 10 Januari 2010 (Isnin), pada jam 4.00 petang.

Menerima khabaran lewat di kala senja
Termenung seketika mengiyakan berita
Entah mengapa hati menafikan bukan masanya
Teringat memori dikala suka duka


Teacher
Sudah tiada lagi sentuhan kasih sayangmu
Di kala kami buntu dalam pelajaran
Sudah tiada lagi kemesraanmu
Di kala kami kepenatan dalam pembelajaran
Sudah tiada lagi leteran panjangmu
Di kala kami leka dalam  urusan
Sudah tiada lagi saat pemurahmu
Ketika kita bakar ayam bersama-sama
Sudah tiada lagi senyuman manismu
Dikala kita berpisah jauh
Sudah tiada lagi..

Teacher
Teringat ketika kita berkongsi rasa
Rasa tersirat dikongsi bersama
Ku mengenal erti keduniaan dengamu
Kau ajar kepadaku erti kejujuran
Kau semat kepadaku nilai kesetiaan
Kau tanamkan kepadaku elemen ringan tulang
Masih teringat..


Oh Tuhan
Doa ku semoga kau ditempat yang sempurna
Harapan ku
Kasih dan sayang yang di beri pada mu
Amat mencukupi semasa kau di dunia ini
kerna kau sebahagian dalam kehidupanku

Teacher
Banyak nasihatmu disematkan kepadaku
Sehingga kini ku masih terdengar-dengar
Masih terdengar-dengar..Al Fatihah

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim)

Nukilan : sahabatku che rozaihan..

Tuesday, January 11, 2011

Kisah seorang hamba Allah

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi


hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu   bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau 
yg   kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah 
nipun    lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni.    Sebab dia dah lapar sangat ni.    Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni 
punyalah    takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah  diperlihatkan sebuah perigi did epan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut 
pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di 
tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada 
apa kat  bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor  tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat  atas tikus tu gigit tali tu pulak.  Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna  hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!c it!cit! sampai kat
atas.Tikus  hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nakbuat  ni.... habislah jadi mangsa buaya.    Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali  putus danj atuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba    Allah tu berfikir cam ner naks elamatkan dirinya,


Al-Fatihah buat teacher ..

Assalamualaikum dan selamat petang ..Salam ceria buat sahabat-sahabat..Diharap semua sahabat-sahabat sihat walafiat dan sentiasa  di bawah perlindungan Allah..Sedih rasanye nak tulis entri kali ini..Semalam , hari yang paling sedih buatku..Maaf sebab berbahasa "aku" di sini sebab nak luahkan apa yang dekat di hati rasai..Siapa sangka orang yang banyak berjasa, banyak memberi seperti teacher Ainun akan pergi dahulu menghadap Ilahi. Allah s.w.t lebih menyayangi teacher..Teacher Ainun Hayati merupakan guru kelasku semasa aku di Tingkatan 6 ,SMKA Falahiah. .Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4 petang semalam.


Sebenarnya aku betul-betul tak sangka yang arwah menghidap penyakit ulser perut..Semalam aku menerima mesej daripada sahabat-sahabat dan menyatakan bahawa Teacher Ainon dah tiada. .Innalillahi wainna ilaihi raji'uun..Ya Allah,terkejut besar aku..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu..Mengalir air mataku. Rasanya minggu ini sahaja aku banyak menerima berita kematian daripada sahabat-sahabat..Yang first sekali tentang pemergian pelakon Faizal Yusof, yang kedua pemergian anak saudara sahabat, yang ketiga, ayah kepada sahabatku sendiri dan yang last sekali cikgu sendiri yang aku sayangi..Aku rasa seolah-olah berita tentang kematian menjadi suatu kebiasaan walaupun aku dan sahabat-sahabat masih terkejut dengan pemergian arwah teacher..


Arwah teacher yang kadang-kadang kami juga biasakan arwah dengan madam Ainun banyak memberi tunjuk ajar di kelas .Of course la sebab arwah merupakan guru kelas kami..Rasenyer baru semalam kami belajar Muet dengan teacher..Rasenyer baru semalam kami sekelas bersama-sama dengan teacher menghias kelas sehingga kelas kami (Tingkatan 6 Ibnu Khaldun) dinobatkan juara kelas tercantik..huhuhu..Sedih sangat-sangat bila mengenangkan kenangan bersama arwah...Kenangan yang best sekali mase pergi rumah arwah buat jamuan..hehe..Mase tu banyak benda yang kami bualkan bersama arwah. Arwah yang sememangnya seorang peramah, baik dan cantik banyak memberi nasihat kepada kami supaya belajar bersungguh-sungguh, n jadi orang berguna.

Terima kasih teacher atas segala pengorbanan dan jasamu dalam menjadikan kami semua orang yang berjaya. Tidak mampu rasanya kami membalas jasa dan pengorbanan teacher selama ini..Hanya Allah sahaja yang membalas semua kebaikan teacher.. Amin..Teacher,akan ku ingat segala jasamu itu..insyaAllah..

Arwah teacher Ainun Hayati

Al-fatihah..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh teacher dan menempatkan teacher bersama orang-orang beriman..Amiin...

P/s: Hargailah orang di sekeliling kita sementara mereka masih ada..Ingatlah orang yang tersayang..


Saturday, January 8, 2011

Dialog 2 HanTu

Santai Petang..

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk.. aku mati dalam peti ais... sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya... " jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit.. Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi

p/s; Hahaha..kelakar la jugak..heheh..jgn jd mcm hantu2 ni...

Salam takziah

Assalamualaikum n selamat pagi..
Hari ini dekat di hati dikhabarkan dengan berita pemergian seorang ayah kepada salah seorang sahabat sekelas..
Nur Asiah Abdullah..
Piba tahun 2


Innalillahiwa inna ilaihi raji'uun
Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali
Al-Fatihah buat arwah..

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Amin..


Renungan bersama:

Hari ini kita dikhabarkan dengan pemergian saudara kita ke Rahmatullah..
Bagaimana hari esok dan seterusnya..
Adakah giliran kita yg menyusul
Yang jelas,kematian itu pasti
bagi setiap yang hidup..
Semoga kita sentiasa memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekalan untuk hari akhirat kelak..
peringatan untuk diri sendiri yang bayak kekhilafan..


Nama-nama Syaitan dalam Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum semua..selamat malam..
Malam ni nk kongsi sedikit ilmu..ilmu yg sy baru tahu..may be ramai dah tahu..tapi ni sekadar perkongsian sebagai peringatan bersama..jom baca>>


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.



Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS



SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya


sumber: daripada sahabat


P/s:
semoga kita semua dapat membaca surah Al-Fatihah dan ayat2 suci Al-Quran sebaiknya mengikut hukum tajwid yang betul ..pesanan untuk diri sendiri yg byk kekurangan...

Friday, January 7, 2011

HaTi seOraNg IsteRi~~



“ Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…”
An-Nissa’ : 1.
Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.
Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya. Rasulullah pernah bersabda, “ Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.
“ Umi… Abu ingat abi.”
“ Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu.”
Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.
Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.
“ Ayang nak letak nama apa?”
“ Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah.”
“ Sumayyah?”
“ Abang suka?”
“ Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah.”
Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.
Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.
“ Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?” Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
“ Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak.”
“ Bagaimana pula dengan rotan?”
“ Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya.”
“ Adakah dia sering memukulmu?”
“ Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya.”
“ Kamu memang layak masuk syurga,” bisik hati Fatimah.
Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung.
Abang.
Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu.
Kakak.
Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?
“ Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari."




kisah sedih plus kelakar ~~

"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil
Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya.

"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.

"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik
Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.

"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak
Mereka Yang Comel Dan Manja.

"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?"

"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali
Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya
Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat
Jam.
Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan
Isterinya, Liza.

"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama
Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar
Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan
Honda Civicnya Mula Memecut.

Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya.
Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya
Yang Sedang Tidur.

"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari
Tidurnya.

"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai! Kampung
Nanti"

"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang,
Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.

"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Ekspres Di
Depannya Tanpa Was-Was.

"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya
Memotong Bas Ekspres Tadi.

"Sudah La Tu Bang."

"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia
Aaa...".
Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke
Lantai.
Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya
Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin
Membuka
Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ.

"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana
Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat
Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan
Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis.

PAANNNGGG!!

Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba.
Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?

"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini.
Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang!"
Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar....

..Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin
Biskut !
Malu Beb!! Sekian.

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi