Jom Terjah ~^^~

Thursday, January 13, 2011

Coretan buat arwah teacher tersayang..

انّا للہ و انّا الیہ راجعون
"Surely we belong to Allah and to Him shall we return"
"DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI"

Belangsungkawa buat Teacher Tersayang Ainun Hayati Bt Abdul yang telah pulang ke Rahmatullah pada tanggal 10 Januari 2010 (Isnin), pada jam 4.00 petang.

Menerima khabaran lewat di kala senja
Termenung seketika mengiyakan berita
Entah mengapa hati menafikan bukan masanya
Teringat memori dikala suka duka


Teacher
Sudah tiada lagi sentuhan kasih sayangmu
Di kala kami buntu dalam pelajaran
Sudah tiada lagi kemesraanmu
Di kala kami kepenatan dalam pembelajaran
Sudah tiada lagi leteran panjangmu
Di kala kami leka dalam  urusan
Sudah tiada lagi saat pemurahmu
Ketika kita bakar ayam bersama-sama
Sudah tiada lagi senyuman manismu
Dikala kita berpisah jauh
Sudah tiada lagi..

Teacher
Teringat ketika kita berkongsi rasa
Rasa tersirat dikongsi bersama
Ku mengenal erti keduniaan dengamu
Kau ajar kepadaku erti kejujuran
Kau semat kepadaku nilai kesetiaan
Kau tanamkan kepadaku elemen ringan tulang
Masih teringat..


Oh Tuhan
Doa ku semoga kau ditempat yang sempurna
Harapan ku
Kasih dan sayang yang di beri pada mu
Amat mencukupi semasa kau di dunia ini
kerna kau sebahagian dalam kehidupanku

Teacher
Banyak nasihatmu disematkan kepadaku
Sehingga kini ku masih terdengar-dengar
Masih terdengar-dengar..Al Fatihah

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim)

Nukilan : sahabatku che rozaihan..

3 comments:

  1. assalamualaikum...walau xbelajar dengan beliau namun tetap mengenali beliau selama 2 tahun di SMKAF..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...al-fatihah

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..amin..semoga arwah ditempatkan bersama org-org yg beriman..

    ReplyDelete