Jom Terjah ~^^~

Monday, February 28, 2011

beloved ones..

      

Assalamualaikum n selamat malam buat semua sahabat-sahabat dekat di hati..Al-hamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita selaku hambaNya untuk mengecapi nikmat di bumi Allah ini..al-hamdulillah..Sudah lame rasenye tangan  ini tak mencoret di ruangan maya ini..Rindu pulak rasenye pada sahabat-sahabat blog..Ape khabar semua??? Diharap semuanya sihat-sihat selalu and yang paling penting sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang..amin,,amin..ya Allah

      ..Entri kali ini dekat di hati nak citer cikit pengalaman semalam..pengalaman mendengar ceramah Maulidul Rasul..hehe..lame sangat x dengar ceramah-ceramah macam ni..Kebetulan semalam,Kolej Ibrahim Yaakub, Ukm ade mengadakan ceramah,,so,,ape lagi..dengan tajuk yang best "BELOVED ONES"..terus dekat di hati  and the geng tertarik and pi dengar..ehehe..cepat betul la kalau bab2 love ni..almaklumla,,remaja katekan..kalau xde tajuk2 camni,,memang x sahla..opps, sorry,,xdela,,kalau ceramah agama yang lain pun,,dekat di hati minat jugak..heehe

       Ceramah ini diketuai oleh seorang moderator yang tak asing lagi kat fakulti pendidikan Ukm,,saudara Mohd Afham Mohd Azmi manakala ahli panel kali ini ialah Ustaz Khairil Khuzari Omar dan Prof Dato Dr Mohd Yusof Hj Othman..Kedua-dua ahli panel telah memberi jawapan kepada soalan-soalan daripada moderator dengan menarik dan bernas sekali especially ulasan daripada Ustaz Khairil..Boleh dikatakan x kering gusi kami mendengar ceramah daripada Ustaz Khairil,,mesti ada cerita lucu yang dibawa oleh beliau. .

        Nak tahu siapa sebenarnye beloved ones??? Adakah ibu bapa ,kekasih,kawan, or something else?? Beloved ones dalam ceramah tersebut sebenarnya merujuk kepada seseorang yang patut kita letakkan kecintaaan yang sebenar-benarnya di kalangan manusia iaitu penghulu kita, Nabi Muhammad saw..Sebagaimana yang kita tahu, kita hendaklah mengasihi Nabi Muhammad saw selepas kita meletakkan kecintaan yang agung kepada Allah..Ape sebenarnya tanda cinta kita kepada Rasulullah saw? Adakah cukup dengan hanya berselawat, atau berarak pada hari Maulidul Rasul?? Menurut Ustaz Khairil, kita sebagai umatnya hendaklah sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah dan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw..Al-hamdulillah,banyak sangat input2 yang kami dapat daripada ceramah tersebut. Okla,,nak sambung buat asaimen dulu. InsyaAllah,lain kali sambung lagi..

         Sebelum tu, ingat dan cuba amalkan,
sesiapa yang berselawat sekali kepada baginda Nabi Muhammad saw, maka Allah s.w.t akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali..
         
Jom berselawat...
Selamat beramal........

Sunday, February 20, 2011

Benarkah kau sahabatku???

Buat insan yang bernama sahabat..
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku..
Aku bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai sahabat seperti kamu..
yang sudi menemani aku dalam hidup dan perjuangan belajar yang penuh berliku

Sahabat,
Aku tujukan tulisan hati ini buatmu seorang 
harap dirimu mengerti ..
entah ape sebenarnya yang  ingin  aku coretkan di sini 
hendak kata nak melalut atau mengarut malam-malam ni
tapi ini hakikat
dari hatiku yang ikhlas..
rasenye hati ini menangis dalam keperitan

Sahabat,
maaf untuk aku katakan padamu sahabat..
Aku benar-benar berasa kecewa dengan sikapmu..
Benarkah kau sahabatku??
yang ku cari selama ini??
Atau kamu sekadar kawan yang bersama-sama ketika aku senang??

Sahabat,
sesungguhnya aku berusaha sedaya upaya menjadi sahabat baikmu
walau dirimu tak pernah menganggap diriku sahabat baik or "best friend" kamu
Aku tak kisah semua itu
sebab aku selalu menganggap dirimu sahabat baikku..

Sahabat,
Rasenye sebak hati ini hendak ku tulis sajak tulisan hatiku buatmu..
Aku berasa perit sangat-sangat bila mengenangkan dirimu yang tidak menghargaiku..
Entah mengapa jadi begini??
Adakah itu benar-benar sikapmu??

Sahabat,
Rasenye banyak kali aku terasa denganmu..
Apabila dirimu dalam kesusahan,cepat rasenye namaku dipanggil
Tapi bila dirimu dalam kesenangan atau ade kawan yang lebih baik dariku,,
Aku dilupakan...

Ya Allah, mengapa aku begitu sensitif pada malam ni??
Betulkah aku yang menulis sekarang ini??
Atau jiwaku yang dihambat pilu mengenangkan seorang kawan yang tidak begitu prihatin terhadapku???
Ya Allah,tabahkanlah hati hambaMu ini
Sesungguhnya aku hambaMu yang sangat kerdil dan lemah
Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang benar-benar ikhlas bersahabat denganku
yang benar-benar memahamiku..
amin Ya Allah..

Sahabat, 
tak elok rasnye ku ceritakan semua sikapmu terhadapku
Kerana aku redha
mempunyai sahabat sepertimu..
Kerana aku tahu sememangnya hatimu baik
dan aku selalu menganggap kesalahanmu itu hanyalah ujian buatku
ujian untuk melihat ukhwahku terhadapmu
Aku juga tahu setiap manusia itu mempunyai kekurangan dan kelemahan
dan tidak terlepas dari membuat kesilapan

Sahabat..
mengertilah diriku..
sesungguhnya aku ikhlas bersahabat denganmu
Aku ingin bersamamu melakar kejayaan dalam hidup 
untuk kehidupan di dunia dan di akhirat..


Sahabat...
Aku sentiasa mendoakan dirimu semoga dilindungi Allah dan sentiasa beroleh kejayaan
serta dibukakan hati untuk melihat keikhlasanku dalam bersahabat denganmu..

Maafkan diriku andai dirimu terluka dengan tulisan hati ini..
Maafkan diriku juga andai aku selalu menyusahkan dirimu..
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku...
Maafkan kesilapanku selama ini..
Aku sedar siapa sebenarnya diriku
insan biasa yang memiliki banyak kekurangan
Andai dirimu benar-benar sahabatku..
terimalah diriku seadanya...
yang bersama-sama tika senang mahupun susah..


Coretan ikhlas dari hatiku...
semoga dirimu mengerti..


Same2 hayati kata-kata di bawah..







Mengertilah sahabat,
aku benar-benar menyayangimu sebagai sahabatku...

Coretan dekat di hati..



Saturday, February 19, 2011

Selawat Pelindung Diri...jom berselawat~~





Tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah [2x]
wa kulli ‘arifin billah
wa ahlillahi ya allah [2x]
Ya Allah
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lahu min kulli aza
bi qadrillahi ya Allah
Maksud selawat :-
“Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah, Ya Allah. Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah, dengan perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, ya Allah.”
jOm berSelawat..

Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.
insyaAllah...

Aku merinduimu ya Rasulullah...
Rasulullah sentiasa ingat pada ummatnya..
bagaimana dengan kita??

Lelaki yang dijanjikan syurga~~

Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah.Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calaon penghuni syurga” kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga” kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dam Abdullah bin Umar.Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadatnya biasa saja. Dan tidak pula terlihat hal-hal istimewa pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi s.a.w memperkenalkannya tadi dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah.Adakah Rasulullah hendak bergurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata baginda tidak mendapat wahyu.Maka ucapan Nabi pada malam itu pastilah berdasarkan wahyu dari Ilahi. Sebab hanya Ilahi asajalah yang berhak menentukan seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka.

Dan yang lebih mengkagumkan para sahabat terhadap lelaki itu ialah kerana bukan malam itu sahaja Nabi menyatakan lelaki itu sebagai calon penghuni syurga.
Malah keesokan paginya apabila Nabi bertemu dengan para sahabat dia akan tetap menyatakan perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki itu. Adakah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu beribadat kepada Allah s.w.t. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tak sedikit pun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Dan Abdullah bin Umar pula tak sanggup menahan keinginannya, apabila Nabi sekali lagi memperkanalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga.Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah bin Umar mengikut lelaki itu dari belakang keluar dari masjid. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas dia pun bertanya:

“Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini.Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam”, tanya Abdullah.

“Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya” sahut lelaki itu kehairanan.

“Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya” tanya lelaki itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Sungguh, memang saya ingin bermalam di rumah saudara. Rasullulah telah memperkenalkan saudara sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga”, jawab Abdullah.

“Tapi, saya tidak ada ibadat lain selain dari apa yang saudara saksikan” jelas lelaki itu lagi.

“Tapi saya ingin menginap di rumah saudara.”

“Kalau begitu silalah ke rumah saya” balas lelaki itu lagi.

Abdullah bin Umar yakin dia akan menyelidiki ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki pada malam itu, dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal.Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia berpura-pura tidur tetapi dia sendiri tidak mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu tiga hari tiga malam tanpa tidur, tetapi tidak ada suatu pun istimewa yang dilihatnya.Lelaki itu tidak pernah berzikir, membaca Quran bahkan dia juga tidak bangun bersembahyang tahajud yang sangat disukai Rasulullah.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar nyenyak.

Tetapi tatkala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Abdullah bin Umar.

“Apa yang saudara saksikan” tanya Anas.
Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan melakukan pelbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badannya dan setelah itu dia mengucapkan “Ya Allah” kemudian dia tidur semula’ jawab Abdullah.

“Pada malam kedua bagaimana” tanya Anas lagi.
“Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tidur semula.”


Saturday, February 12, 2011

Kisah cinta Nabi Isa as kepada ibunya~~

"Sesunguhnya ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu bersama saya?". Menurut Misykaatul Anwaari menerangkan bahawa Nabi Isa a.s. telah
berkata kepada ibunya Maryam

Setelah Nabi Isa a.s. berkata demikian pada ibunya maka
berangkatlah Nabi Isa a.s. bersama dengan ibunya menuju ke
Gunung Lebanon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa
bersama ibunya berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat
pada malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan
meminum air hujan.


Setelah sekian lama nabi Isa a.s. dan ibunya Maryam tinggal di
Gunung Lebanon maka suatu hari Nabi Isa a.s. turun dari gunung
untuk mencari daun kayu untuk berbuka puasa untuk mereka berdua.
Setelah Nabi Isa a.s. turun maka datanglah malaikat maut
menghampiri Maryam dengan berkata : "Assalamualaiki ya Maryam,
orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan
mengerjakan solat pada malam hari".

Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka
berkata Maryam : "Siapakah kamu ini? badan dan seluruh
anggotaku menggeletar dan rasa takut pula apabila mendengar
suaramu!?.

Kemudian Malaikat Maut berkata : "Aku adalah malaikat yang tidak
mempunyai belas kasihan kepada sesiapun baik dia anak kecil,
orang tua, atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut
nyawa".

Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Maut itu maka Maryam
berkata : "Wahai Malaikat Maut, adakah kedatangan kamu ini untuk
menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?"
Lalu berkata Malaikat Maut : "Wahai Maryam, kedatangan aku
adalah untuk mencabut rohmu".

Apabila Maryam mengetahui bahawa Malaikat Maut datang untuk
mencabut nyawanya maka berkata Maryam : "Wahai Malaikat Maut,
apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku pulang,
kerana dia yang menjadi buah indah mataku, yang menjadi anak
kasih sayangku, yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar
mengubati kerisauan hatiku?".

Malaikat Maut pun menjelaskan perintahnya dengan berkata : "Wahai
Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut perintah kamu,
aku ini hanyalah hamba yang diperintah".

"Dan demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor
nyamuk kalau aku tidak diperintahkan, sesungguhnya aku telah
diperintahkan oleh Allah SWT supaya aku tidak mensia-siakan
walau satu saat pun untuk mencabut rohmu ditempat ini".

Setelah Maryam mendengar penjelasan dari Malaikat Maut maka
dengan hati yang ikhlas Maryam berkata : "Wahai Malaikat Maut,
kamu telah menerima perintah Allah SWT, oleh itu kamu
laksanakanlah perintah itu dengan segera".

Malaikat Maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan
pula di masa itu Nabi Isa a.s. lambat pulang, beliau pulang
apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa a.s. naik ke
atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka
beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa a.s.
menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun
meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan
meletakkannya dekat ibunya lalu beliau berdiri menghadap Kiblat.

Setelah sekian lama maka beliau pun memanggil ibunya :
"Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang
berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah,
mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan Yang Maha Pengasih?".

Nabi Isa a.s. menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata :
"Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan?" .
Nabi Isa memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya
tidak makan apa-apa walaupun 2/3 malam telah berlalu.


Friday, February 4, 2011

Apabila Al-Quran Mula Berbicara~~

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Pesanan buat diriku dan sahabat-sahabat...


sumber: http://tazkirah.blogdrive.com/