Jom Terjah ~^^~

Monday, August 30, 2010

Ore Arab Kecek Klate..pengalaman yg melucukan..

Salam Ramadhan buat sume sahabat2..pekaba??hehe...harap2 chat sokmo k..petang-petang camni,teringat pulak aku pada pengalaman yang aku alami sendiri ..yg bole dikatakan kelakar la jugak bila diimbas kembali..hehehe..berjumpa dengan seorang lelaki arab yang bole cakap kelantan, mmg x kekok la dia ckp..
 .."handsome sgt..hehe,tp dh kawen dh" hahaha..

lebih kurang macam ni la  muka org arab yg cakap kelate tu..hehe..

    Erm,,mane ekk nk start dlu..cmnila, nk dijadikan cerita, suatu hari pd bulan Ramadhan yang mulia ni, abangku (abg kandung yer),hehehe telah mengajak aku n kak ipar serta babynya skali (umar darwisy yg sgt comel) pergi berbuka puasa kat sebuah restoran Arab yang terletak kat jalan Bukit Bintang. Untung jugak aku ade abang yang berkawan dengan orang Arab ni..kawan dia ni sebenarnye pemilik restoran tu..so,kebetulan hari tu,terase nk try masakan arab, abangku ajakla aku pergi restoran tu.hehe..kak ipar cakap masakan arab ni xdela best sgt,tp aku nk cuba..hehe..mna taw kali kedua aku try ni n pada bulan Ramadhan ni,masakan Arab tu jd best..hahaha..lawak btol la..adela jgk pengalaman makan masakan Arab katekan..heheh

tak ingat dh name ape restoran arab tu..mcm ni la..

    Kami sampai kat restoran tu, lebih kurang dalam pukul 6 setengah la..alhamdulillah kami yang merupakan tetamu first pada mase tu. hehe.Kalau ade hadiah tetamu paling awal datang kan best..haha..ngade2 plk..erm,sebenarnye sebelum sampai kat restoran tu, ktorang dah round2 jalan Bukit Bintang tu..jalan2 kat kedai2 kat situ..bukan nak beli pom,jln2 jer sementara tunggu time yang sesuai untuk berbuka puasa. Aku sebenarnya first time menjejakkn kaki kat Bukit Bintang ni..mcm rusa masuk kampung plk.yerla tengok org yg x pernah ku lihat depan mata sendiri..pakaian tu xle nak kate dh..macam2 ade..sblm ni pom aku ade dgr yg tempat tu byk pelacur,mat2 salleh..huh..nak kate g cuci mate jauh skali..haha..kalu g tengok org2 comel yg  tutup aurat kn sejuk jgk mate ni melihat..tp rsenye,,hr tu, dosa plk yg ku bole..huhu. astaghfirullah..byk2 mitak ampun,x sengaja..huhu..

Bukit Bintang

     Okla kembali situasi mase kat restoran Arab tadi...cam drama la plk..hehe..Pemilik Restoran tu or kawan abgku td menyambut ktorang dengan baik skali..Biasala kalau adat orang Arab mase brjumpa dgn sesiapa, dia akan peluk kwn dia..hehe..bagus sgt..rasa kagum tgk org Arab tu peluk abangku..nampak keakraban diorang..Erm,lepas tu orang Arab td tanye abgku,"that's your sister" aku tersenyum..Bagusla tengok dia,huhu..walaupun aku baru brjumpa, tp dia layan tetamu mcm ktorang ni cam dh lame knal..hehehe..ni kna cr org Arab ni..haha..Tp, bkn org Arab ni yang bole cakap klate..org lain..hehe..sbr yer..tunggu crita x abis ag..hehe

antara makanan yg disediakan..roti arab

     Lepas tu, pemilik restoran  td,( x ingat nk tanye nme dia ape) menjemput ktorang utk pilih tempat mne yang ktorang nak utk brbuka puasa..Ape lg aku n kak iparku cari la yang duk kat luar skali (tmpt yg bole ktorang tgk persekitaran jalan Bukit Bintang ni)..baru romantik ckt..hehe..Then,pekerja restoran yg ade kat situ pom segera mmberi buku menu utk kami pesan..Kebanyakan makanan Arab ni terdiri daripada roti, bbq..n byk lg..tp x ingat dh name ape..x fhm jgk..sbb menu dia ditulis dlm bhs Arab..tp ade jgk translet dlm bhs Inggeris..fhm  ckt2,tp x taw gmbaran mcm mne makanan tu, so ktorang tnye ar byk kali kat pekerja restoran td..alhamdulillah,nasib baik pekerja tu dpt explain n layan kami dgn baik..hehe..

masakan arab (gmbr hiasan)

    15 minit lepas tu,datang satu family Arab yg merupakan kwn kpd pemilik restoran..Pemilik restoran itu memperkenalkan mereka kepada ktorang especially abgku..First time jgkla aku tgk orang Arab kawen ngan orang Melayu..suami Arab n isteri dia Melayu..hasilnya,dpt sorang baby lelaki kacukan malay Arab..cute bangat..sebijik cam  org Arab..Lepas berkenalan, diorang pom diberi tempat brbuka kat area kami..hehe..mcmla tmpt ktorang..hehehe..sbnrnya nak eratkan lagi silaturrahim antara kami..alhamdulillah..

     Tak lame kemudian, datangla pelanggan2 yang lain..pelanggan tetap kot..sebab kebanyakannya terdiri daripada org Arab..ade yang muda,ade yang tua..datang dlm group..pastu, dtg plk satu pasangan ni..yang laki Arab n yang perempuan Melayu..muda la lg..aku ingatkn diorang ni couple..sbb x nampak diorang bwk baby ..Lepas brbuka tu la,baru perasan..Aku ade bagitaw abg,ramai jgk orang kat malaysia ni kawen ngan orang Arab..hehe..handsome2 plk tu mcm pasangan td..suami dia cam model Arab..heheh..sje je ni..tp meme smat (dlm bhs klate)

     Nak dipendekkan cerita, pemilik restoran tadi memanggil org Arab, suami kpd pasangan yg baru datang utk diperkenalkan kpd abgku..Kwn abgku (pemilik restoran) bagitawla yg abgku ni asal dari kelantan..x semena2 lepas tu, org Arab tu jwb tnpa rase kekok.."la.ambo pom ore klate jugop"...geli hatiku mendengar dia cakap kelantan..hahaha..sblm tu bkn main lg abgku tnye dia dlm bhs inggeris..where are you from... pdn mka dkenakan oleh org Arab.hehe..lps tu la tnpa segan abgku cakap gna bhs kelantan dgn dia..mmg bau budu la..tgk cara dia cakap pom sebijik cam ore klate..hahaha..wallahua'alam..


abang n umar darwisy (ank sdare)
 

Sunday, August 29, 2010

Luangkan masa sekejap untuk islahun nafsi..pasti bermakna..

Bismillahirrahmanirrahim...


***

"Assalamua'alaikum warahmatullah,Assalamu'alaikum warahmatullah..."usai sudah Wardatul Jannah mengimami solah Fardhu Asar bersama ahli halaqahnya.Habis sahaja berdoa,Wardatul Jannah meminta izin untuk mengundurkan diri terlebih dahulu untuk ke kelas Dirasah fil Qur'an yang diajar oleh Ustazah Nadzirah yang juga ustazah kegemarannya.
Sesampainya di hadapan kelas,ada sekumpulan lelaki yang dikategorikan pelajar perempuan terutama dari kelantan sebagai 'juruh' iaitu lelaki-lelaki yang penampilannya nampak soleh.Mereka tidak akan masuk ke dalam selagi Ustazah tidak masuk,kerana di dalam hanya ada pelajar-pelajar perempuan.

Wardatul Jannah menundukkan pandangan untuk masuk ke dalam kelas.Rasa malunya makin memuncak bila mana dia terperasan lelaki yang diminatinya dalam diam ada juga di situ.Wardatul Jannah setiap hari menafikan perasaannya itu,setiap malam dia menangis dan rasa bersalah kerana asyik teringat akan lelaki yang tidak halal baginya itu.

Wardatul Jannah juga tahu bahawa lelaki yang dikenali sebagai Abdullah Mujahid itu,sangat dikasihi sahabat-sahabat serta disayangi pensyarah-pensyarah.Ramai juga para muslimat di kampus amat meminati beliau.Wardatul Jannah menolak perasaan cemburu bila ia datang menyapa sekali-sekala.

Wardatul Jannah masuk ke kelas dan memberi salam.

"Assalamu'alaikum..."

"Wa'alaikumussalam..."pelajar-pelajar wanita yang berada di dalam kelas serentak menjawab.

Wardatul Jannah senyum dan mengambil tempat paling hadapan.

Wardatul Jannah menyelak sehelai demi sehelai kitab Dirasah fil Qur'an sambil menantikan kedatangan Ustazah Nadzirah.

"Kak Raudhah...,"Hasanah memanggil seperti berbisik.

"Apa?..."

"Sini jap..."

"Akak,saya nak mintak tolong akak boleh?Akak dah kahwin,senang sikit."

"Eh,apa kaitannya?Apa dia?"

"Akak cakapkan kat Mujahid saya minat dia?"suaranya makin perlahan.Bimbang pelajar-pelajar lain mendengar perbualan mereka.

Wardatul Jannah tersentak mendengar permintaan Hasanah.Dia mula beristighfar.Kedudukannya dihadapan mereka berdua sahaja.Kerana itu dia dapat mendengar dengan jelas tiap kata yang mereka bisikkan.

Wardatul Jannah muhasabah:

"Ya Allah,walaupun aku ada rasa minat pada lelaki itu,tapi aku tidak akan menjual perasaan ini semurah itu."

Tidak lama selepas itu...


*bersambung*

Tidak lama selepas itu,Ustazah Nadzirah masuk ke kelas,dan diikuti pelajar-pelajar lelaki yang menunggu di luar kelas tadi.

Ustazah memulakan kalam dengan sedikit tazkirah.

"Alhamdulillah,Allah memberi peluang lagi pada kita untuk menghirup udara segar di bumi-Nya,bertemu kawan-kawan kita,belajar,makan,tidur,bercakap,berfikir,berjalan...dan macam-macam lagi.Kita bersyukur juga,di antara kita dalam kelas ni,tiada seorang pun yang cacat,patah kaki,pekak,bisu,buta...Allah bagi kita rasa sempurna walaupun hakikatnya,tiada seorang pun yang sempurna,semua ada kelemahan masing-masing.

Anak-anak pelajar,

Allah bagi segalanya yang baik-baik pada kita...

Allah campakkan rasa tenang dalam jiwa-jiwa kita...

Allah sentiasa ada bersama kita, bila kita sedih dan gembira...

Allah tak pernah lupakan kita..

Tapi kita???" Ustazah Nadzirah berhenti menghela nafas.

Wardatul Jannah menunduk malu.Segala perbuatan yang telah dilakukan sebelum ini di nilai semula.

Matanya mula berkaca.

Ustazah Nadzirah menyambung kalam.

"Anak-anak ustazah yang ustazah kasihi,Allah telah menciptakan kita ada tujuannya,bukan untuk suka-suka,bukan untuk kita main-main,tapi tujuan utamanya adalah untuk kita beribadah kepada-Nya.Apa-apa yang kita buat mesti kerana Allah.Apa sahaja....!"Ustazah Nadzirah serius menyampaikan seperti ada sesuatu yang telah berlaku.

"Anak-anak,Allah telah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 32:

"Wa la taqrabu zina" yang bermaksud:

"dan jangan kamu dekati zina."

Tapi kenapa kita nak juga dengan zina?Kenapa?Siapa boleh jawab persoalan ustazah ni?"soal Ustazah Nadzirah sambil menantikan jawapan dari pelajar-pelajarnya.

"Ustazah,mungkin mereka kurang kasih sayang?"jawab Sarah.

"Mungkin tak diajar ilmu agama yang mendalam?"Adam pula memberi pandangan.

"Ustazah,bagi ana,semua ini terjadi,salah satunya adalah kerana tiada yang ingin bawa mereka kembali pada jalan yang benar.Golongan alim,dengan alim,manakala golongan seksi dengan seksi.Pengaruh sekeliling sangat memberi kesan yang mendalam pada mereka.Jika tak de orang alim bersama mereka,bila mereka nak bersama kita."tenang jawapan Abdullah Mujahid.

"Ya,tepat sekali Mujahid.Jadi siapa yang nak kena bawa mereka tu?Siapa?Adakah sehingga mereka buang bayi baru kita nak ajak mereka?Bayi-bayi luar nikah tak layak hidup ke?Tadi,on the way ustazah ke sini,ustazah nampak sekumpulan orang berkumpul di Masjid SHAHS,tersangat kecoh,mulanya ustazah fikir,biasalah budak-budak bising,bila ustazah nampak seperti kaki bayi digonggong seekor kucing,ustazah istighfar panjang,hampir saja ustazah pengsan di situ.Tapi,ustazah fikir positif dulu,ustazah pergi dan bertanya kisah sebenar.Ya,akhirnya terbukti ada bayi mati,seperti baru dilahirkan,dan dibuang di bawah tangga yang mana tiada orang yang melalui jalan itu.Tapi dengan izin Allah,Allah bongkarkan melalui kucing ini.Jadi siapa kita?Apa tanggungjawab kita?Berapa banyak dosa nak kita lakukan baru bertaubat?

Adik-adik,Allah hidupkan kita bukan untuk matikan baby...

Itu bukan kerja kita...

Kerja kita apa?Untuk beribadah kepada Allah...

Kenapa pada mula tadi ustazah kata,apa saja kita buat,kena niat kerana Allah?

Sebab...kalau kita nak buat perkara yang melanggar syariat,kita nak niat kerana Allah ke?

Sahaja aku berzina kerana Allah?Tentu tak,kan?Jadi ingat...!Setiap apa yang nak kita lakukan,adalah kerana Allah.Dalam tandas pun,tapi tak perlu zahirkan sebutan kita,dalam hati pun dah cukup.Itu point penting untuk kita jauhi diri kita dari perkara dosa.Jadi anak-anak,ustazah nak anak-anak fikirkan,apa yang patut kita lakukan untuk menjayakan misi kita?



Ingat,ISLAH NAFSAK,WAD'U GHAIRAK.

Perbaiki diri kamu,dan serulah orang lain.

Tengah kita perbaiki diri juga boleh kita seru orang lain,tak perlu kita betul-betul rasa sempurna baru nak ajak orang lain.Ustazah juga masih memperbaiki diri,anak-anak pelajar masih muda,belajarlah betul-betul,serulah kawan-kawan serta kenalan-kenalan kamu untuk dekat dengan Allah,bagi mereka rasa 'izzah bila duduk dalam tarbiah Islam ni.Supaya mereka tidak lagi kembali pada jalan yang Allah murkai.Hari ni,ustazah takkan mengajar kamu,ustazah tak dapat nak mengajar hari ni,kerana ustazah masih terkejut dengan kejadian tadi.Ustazah seperti tak percaya,anak-anak,jagalah diri antum semua.Ingatlah Allah,Ingatlah Allah,Ingatlah Allah.Baiklah,sampai sini dulu,insyaAllah jumpa minggu hadapan.Assalamu'alaikum."Ustazah Nadzirah mengakhiri kelas dan melangkah keluar.Semua pelajar tergamam,dan keadaan mula menjadi bingit mengenai kisah yang Ustazah Nadzirah ceritakan tadi.

Wardatul Jannah beristighfar...

Teringat akan perasaannya pada Abdullah Mujahid...

Ingin diceritakan pada kawan-kawan seusrah, malu,kerana penampilannya boleh dipanggil ustazah jika tidak mengenalinya,lengkap bertudung labuh serta berjubah setiap hari.Takut menjadi fitnah pada Islam,fikir Wardatul Jannah.

***

"Jannah..."panggil Hasnita sekelas dengan Wardatul Jannah.

"Ya Nita,ada apa ye?."

"Ni...ada surat dari peminat..huhu...k tata...nak cepat..."dalam sekelip mata,Hasnita hilang dari pandangan,belum sempat Wardatul Jannah berkata apa-apa.


"Erk..?"Wardatul Jannah membuka lipatan kertas putih dan bertulisan hijau.

Assalamu'alaikum w.b.t...

Ya ukhti...sebenarnya,dah lama ana perhatikan anti.

Ana suka dengan gaya anti.Sapa ana?Erm,tak perlu ana beritahu,

anti pasti kenal ana,cuma ana tak sanggup lagi nak bagi tahu.Ana tak boleh terima bila

ramai lelaki di asrama ana yang asyik menyebut nama anti,ana jeles...huhu.

Harap anti faham kenapa ana tulis surat ni.Surat ni sebagai tanda yang anti kepunyaan orang.Iaitu ana."~secret admirer

"Astagfirullah haladhzim..."Wardatul Jannah mengucap panjang.

"Aku telah lalaikan seorang lelaki?Ya Allah...ampuni aku...Jangan Engkau menguji aku perkara sebegini,aku tak mampu ya Allah..."air matanya mula mengalir membasahi lengan jubahnya.

Wardatul Jannah merasakan perasaan dia pada Abdullah Mujahid dipertontonkan melalui orang lain.Surat itu dilipat sekecil mungkin dan dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.Imannya rasa diuji.

Wardatul Jannah berjalan pulang ke biliknya sambil berfikir semua perkara.Hari itu adalah hari yang sangat rumit baginya.Bercelaru dengan perasaan,larangan serta kebenaran.Kadang-kadang,keluhan dilepaskan.

Tit Tit...

Mesej Diterima

"Jom solat Asar sama-sama,ukhti...-secret admirer"

Dari:Unknown

Wardatul Jannah terkejut,pantas dia memadam mesej itu.Sekilas dilihat jam di tangannya,pukul 6 petang tepat.Hatinya makin resah,tidak tahu empunya diri yang mengelarkan diri sebagai 'secret admirer' itu.Langkahnya dicepatkan.Sesampai sahaja di biliknya,dia duduk bersandar dan cuba bertenang.Mata dipejam.

"Ya Allah...aku tak tahu,apakah yang berlaku ni?" dia mula merintih.

Tiba-tiba...

Tiba-tiba,telefonnya berdering minta diangkat.

Wardatul Jannah lantas mengambil telefon bimbitnya.

“Kak Raudhah call?Eh,tak pernah-pernah pun sebelum ni?”Wardatul Jannah merasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Assalamu’alaikum..”sambut Wardatul Jannah sopan.

“Jannah,Jannah….”suara Raudhah seperti dalam kecemasan.

“Eh,kenapa Kak Raudhah?”Wardatul Jannah mula risau.

“Jannah duduk blok A, Mahallah Shafiyyah kan?”

“Ya,ya kenapa kak?”

“Ha..cepat-cepat turun,ni Hasanah pengsan,tak de orang pulak kat sini.Cepat…!” jerit Raudhah seperti kebuntuan.

"Ya Allah!Ok ok kak,kejap,kejap.Assalamu’alaikum.”balasnya mengakhiri panggilan.

Wardatul Jannah laju menuruni tangga dari tingkat empat biliknya ke bawah.Dia tercari-cari kelibat Kak Raudhah dan Hasanah yang dikatakan pengsan seketika tadi.Tapi tiada.Tidak jauh dari situ,ada bayang seorang lelaki.

Wardatul Jannah cuba menelefon Kak Raudhah semula dan berjalan menjauhi dari lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri.

“Wardatul Jannah…”suara garau kedengaran di gegendang telinga Wardatul Jannah memanggil namanya.

Bergetar tubuh Wardatul Jannah,suara itu sangat dikenalinya.

Wardatul Jannah memalingkan badannya melihat empunya suara itu.

“Mujahid?”

Bummm...!

“Adehh…sakitnya…”,Wardatul Jannah menggosok-gosok pinggangnya yang kesakitan terjatuh dari katil.

“Astaghfirullah haladhzim…sampai dalam mimpi aku dia masuk?Ish tak boleh jadi ni.Jannah,lupakan dia,Jannah lupakan….!!”jeritnya pada diri sendiri.

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi.Wardatul Jannah bingkas bangun dan menunaikan solat sunat pada malam itu.Meminta keampunan serta kekuatan dari Allah S.W.T.

***

Wardatul Jannah bersiap untuk ke kelas pada pagi itu seperti biasa.Mimpi pada malam tadi masih terbayang di ingatannya.Malu jika bertembung dengan lelaki dalam mimpinya itu di alam realiti pula.

“Mujurlah hari ni tak de kelas Dirasah fil Qur’an,harap-harap tak berjumpa.Ya Allah,beri aku kekuatan.Bismillahitawakkaltu ‘alallah”,doa ringkas dibaca sebelum melangkah meninggalkan biliknya.

‘Aku baru tahun satu,lama lagi nak habis belajar.Janganlah ada perasaan seperti ni lagi.Jannah,habiskan study dulu,jangan nak gatai sangat,ingat kenapa Jannah datang U…?Balas jasa ummi abi Jannah.Jangan kecewakan mereka.’hatinya bermonolog.Imannya menasihatkan.

Sampai saja di kelas,Wardatul Jannah membaca nota yang dilekatkan di pintu.

Madkhal ila al-Fiqh

Section 2

Thursday/5/8/2010

Class have been cancelled


Wardatul Jannah berjalan terus ke perpustakaan.

Telefonnya yang diletakkan di beg galas belakangnya cuba dicapai seboleh yang mungkin.

“Ish mana pula handphone ni.Huh jumpa..!”kuat Wardatul Jannah menarik telefon bimbitnya sehingga terjatuh pecah.Berterabur pecahan telefon bimbitnya di lantai.

Orang di sekelilingnya terkejut melihat dan berlalu pergi.Tiada yang sudi membantunya.

“Nah sis…”suara garau di dalam mimpi Wardatul Jannah kedengaran.

Wardatul Jannah takut berpaling.Tapi dia kuatkan semangat dan buat seperti tiada apa yang berlaku.

“Jazakallah..”pandangannya ditundukkan.Memang benar Abdullah Mujahid datang membantu,kebetulan dia dan kawan-kawannya melalui kawasan itu.

“Barakallahufik,”balas Abdullah Mujahid juga menjaga pandangan dan berlalu meninggalkan Wardatul Jannah sendirian.

Selangkah Wardatul Jannah berjalan...

“Eh Jannah?Kenapa dengan handphone awak?”Ainin menyapanya bila melihat pecahan-pecahan telefon bimbit kepunyaan kawannya itu pecah.

“Tak de apa-apa, terjatuh tadi.”

“Huh terjatuh?Awak pun terjatuh sekali ke tadi?

“Tak de lah,handphone ni je.”

“Dah tu..merah semacam je muka tu kenapa?Haa…ada putera raja tolong ke?”

“Eh,astaghfirullah haladhzim..tak pe la,saya pergi dulu ye.”Wardatul Jannah cepat mengelak risau hatinya makin lalai diusik sedemikian dan boleh menjadi fitnah padanya juga.

‘Ya Allah,ujian apakah ini.Kenapa susah sekali aku nak laluinya.Ia sentiasa bermain-main difikiran dan hatiku ya Allah.’hatinya mengadu meminta simpati.

“Ustazah Nadzirah?Ha…ya aku patut minta nasihat darinya.”katanya pada sendiri.

Wardatul Jannah berjalan terus menuju ke bilik Ustazah Nadzirah dan membatalkan niatnya untuk ke perpustakaan sebentar tadi.Di dalam fikirannya,masih rungsing bagaimana cara untuk menceritakan pada ustazah kesayangannya itu.

Sampai sahaja di bilik ustazah Nadzirah…

“Terima kasih ustazah…”kedengaran suara seorang lelaki baru selesai berurusan dengan Ustazah Nadzirah.

‘Dia lagi?’,Wardatul Jannah makin berdebar.Sudah 2 kali dia berjumpa dengan Abdullah Mujahid pada hari itu.

Abdullah Mujahid memandang sekilas,wajahnya seakan terkejut dengan kehadiran Wardatul Jannah di depan matanya.

Abdullah Mujahid memandang sekilas,wajahnya seakan terkejut dengan kehadiran Wardatul Jannah di depan matanya.Dia senyum dan berlalu.Selepas Abdullah Mujahid berlalu,Wardatul Jannah memberi salam dan meminta izin untuk masuk.

“Assalamu’alaikum...”

“Wa’alaikumussalam…ya,ada apa ya?,”ramah Ustazah Nadzirah membalas.

“Saya Wardatul Jannah,dari kelas Dirasah fil Qur’an ustazah,nak minta pendapat ustazah boleh?”

“Oh,boleh insyaAllah.Apa nama tadi?”

“Wardatul Jannah.Panggil Jannah je.”

‘Oh,dialah Jannah rupanya…’Ustazah Nadzirah bermonolog sendiri.

“Jannah…duduk dulu.Nak tanya apa ye?”

“Ermm…macam ni ustazah,saya sejujurnya sangat tegas dengan isu couple sebelum kahwin ni.Mamnu’,dilarang sama sekali.Tapi ustazah,bila saya diuji rasa minat pada seorang lelaki ni,saya jadi resah ustazah.Saya tak tenang,lagipun dia satu kelas dengan saya.Kelas Dirasah juga.Walaupun hari ni tak de kelas Dirasah,Allah izin,bertembung juga,saya jadi tak tenang ustazah.Macam mana saya nak buang perasaan ni?”luah Wardatul Jannah segala yang digusarkan sebelum ini.Hatinya rasa puas.

“Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.Cuma bagaimana kita nak kawal rasa cinta tu melalui jalan yang disyariaatkan Allah?Bagi remaja macam anti,normal wujud perasaan begini,tapi macam mana nak tepis cinta remaja ni?Pertamanya,kita kena tegas dengan prinsip diri.Macam anti cakap tadi,anti memang takkan bercinta sebelum kahwin.Jadi tegaskan prinsip diri anti.Kemudian letakkan misi yang jelas dalam hidup anti.Bila anti rancang nak dirikan rumahtangga?Masa belajar ke?Kalau ya,tahu berapa?Tahun pertama?Kena jelas semua tu.Rancang betul-betul.Selain tu,bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh,mengekang hawa nafsu,mendekati majlis-majlis ilmu,menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah dan akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.InsyaAllah dapat menepis cinta remaja macam anti.Sibukkan diri anti dengan hal-hal lain.Jangan selalu bersendiri,syaitan suka hasut dan goda kita masa tu.Dan kita pula senang termakan hasutan dan godaan syaitan laknatullah ni.”terang Ustazah Nadzirah dengan panjang lebar,menunjukkan masalah ini sangat perlu dititik beratkan.Dari perasaan inilah,jika tuan punya diri tidak berfikir panjang,akan merosakkan dirinya dan orang lain.

“Alhamdulillah,penerangan ustazah sangat jelas.Saya akan cuba yang terbaik kerana Allah.Saya kena lebih tegas selepas ini.Ya Jannah pasti boleh!.”tegas Jannah pada dirinya.Wardatul Jannah lebih berkeyakinan untuk melalui ujian yang sebelum ini dia sering mengeluh.

“Alhamdulillah.Boleh ustazah tahu siapa?”

“Erk,tapi ustazah jangan beritahu dia ye,selagi saya masih sekelas dengan dia.Maluu…”,muka Wardatul Jannah berubah menjadi kemerah-merahan kerana teramat malu dengan perasaan sendiri.

“Ya,ustazah faham perasaan anti.”

“Ermm..dia Abdullah Mujahid…”

“Oh,yang tadi baru jumpa ustazah tu?”

“A’ah,tadi kali kedua kami terserempak untuk hari ini saja, ustazah.”

“Dia tahu anti minat dia?”

“Eh,tak tahu ustazah.Lagipun dia tak kisah kot,ramai muslimat yang minat dia.Siapalah saya.Tapi saya memang tak nak fikir pasal benda-benda ni lagi.Saya nak fokus belajar dulu.Ustazah tolong saya ya…”bersungguh Wardatul Jannah untuk berubah.


“InsyaAllah selagi ada tekad,kemahuan,ada keazaman,anti pasti boleh.Dan ingat ya,ada hadis menyebut:



من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد



[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]

Maksudnya:

“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”


[Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami, dan lain-lain]

Dalam riwayat lain pula maksudnya:

“Sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid.”Ustazah Nadzirah tersenyum.

“MasyaAllah,hebatnya orang yang bersabar,moga saya tergolong dalam golongan-golongan seperti ini.”Wardatul Jannah kagum dan hadis itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menjaga diri dari terjebak dengan cinta dusta sebelum berkahwin.

“InsyaAlah.Allah sentiasa bersamamu.”Ustazah Nadzirah menamatkan kalam.



***

Pada keesokannya,Wardatul Jannah bersama 5 ahli halaqahnya beriadhah di tasik berdekatan Female Sport Complex di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Cawangan Gombak,Selangor.

Usai beriadhah,Wardatul Jannah berkongsi tentang memendam rasa cinta dan hadis yang diterangkan Ustazah Nadzirah sebelum ini.Dia tahu,mungkin satu hari nanti,adik-adik halaqahnya pula akan merasa seperti yang dirasainya.

“Baiklah adik-adik akak sayang fillah,sampai sini dulu,insyaAllah jika tiada aral,Allah beri pinjam lagi nyawa pada akak,kita jumpa lagi minggu hadapan.Akak minta maaf sekiranya,sepanjang akak bersama adik-adik,adik-adik ada terasa dengan akak,akak termarah adik-adik,akak termakan makanan adik-adik,akak minta maaf sangat-sangat.”Wardatul Jannah meminta maaf seperti biasa sebelum mereka berpisah.

Adik-adik halaqah Wardatul Jannah mula sebak.Kata-kata kakak naqibah kesayangan mereka pada pagi itu sangat berbeza,maafnya tidak seperti sebelum ini.Sepertinya,dia akan meninggalkan dunia ini selama-lamanya.


“Kak Jannah…jangan cakap macam tu,Kak Jannah sangat baik,Kak Jannah sentiasa mendahulukan kami dan membela kami dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan bersama.Kak Jannah tak de salah pun dengan kami.Kami bersyukur sangat Kak Jannah jadi naqibah kami.Kak Jannah pandai mengambil hati kami,tak pernah buat kami sedih,kami selalu rasa tenang bila bersama akak.Bila kami tengok akak,mesti kami rasa dekat je dengan Allah.Kami semua sayang akak.”Aisyah mewakili kawan-kawannya.Dan mereka semua mengangguk tanda setuju dengan setiap kata yang diucapkan Aisyah.

Wardatul Jannah terharu mendengar setiap patah kata yang diluahkan Aisyah.Dia bingkas bangun dan memeluk seorang demi seorang adik-adik halaqahnya,dan berpesan:

“Dik…jaga diri,ingat Allah sentiasa bersama kita,tika susah atau senang.Jangan sesekali melanggar perintahNya,kerana Dia Tuhan kita,kita ni cuma seorang hamba dik,yang mana hakikat seorang hamba ni,tidak layak sedikit pun untuk membantah.Ingat ya dik,jagalah peraturan-peraturan yang Allah tetapkan,insyaAllah Allah pasti menjaga adik.Akak sangat sayang pada adik kerana Allah.Jadilah mawar agama ya dik.Buat sesuatu untuk membantu agama kita.”

Masing-masing menangis seperti hari itulah hari terakhir dan mereka tidak akan berjumpa lagi.Rasa ukhwah mereka sangat kuat sehingga tiada yang dapat menafsirkan kenapa mereka menangis sebegitu teruk seperti tidak akan berjumpa lagi selepas perjumpaan pagi itu.Padahal segala ketentuan semuanya datang dari Allah.

Wardatul Jannah dan adik-adik halaqahnya berpisah menuju destinasi masing-masing.Wardatul Jannah menuju ke masjid untuk solat sunat Dhuha dan ditambah dengan Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat.Pagi itu,dia betul-betul dapat merasakan dia tidak dapat lama lagi di bumi Allah itu.Ummi dan Abinya juga ditelefon dan meminta maaf,begitu juga pada Ustazah Nadzirah.Mereka semua pelik dengan sikap Wardatul Jannah.Ibu bapa Wardatul Jannah bergegas datang ke kampus dari Kedah untuk melihat keadaan anak mereka yang bersikap agak pelik pada hari itu.

“Ya Allah,aku cuba untuk Islah Nafsi (diriku) dan mengajak orang lain supaya sama-sama membantu agama Islam yang suci ini, tapi ini sahaja yang aku mampu,kerana aku insan yang lemah,hamba yang hina disisiMu yang ada kelemahan,serta sentiasa lalai dalam melalui liku-liku hidup ini.Ampuni aku ya Allah.Ampuni aku Ya Allah,Ampuni aku Ya Allah.Amin Ya rabbal ‘alamin.”

Lantas Wardatul Jannah sujud untuk rasa lebih dekat dengan Penciptanya.Matanya merah,dan menjadi sembam kerana terlalu banyak menangis hari itu.Ditambah lagi tidak cukup tidur pada malam hari.Walaupun begitu,Wardatul Jannah rasa sangat tenang dan segala bebanan yang dirasakan sebelum ini telah hilang.Syukurnya pada Allah S.W.T kerana memberi perasaan itu padanya.Alhamdulillah.


Wardatul Jannah berjalan pulang ke Mahallahnya di seberang jalan.Kereta pada hari itu tidak banyak,tetapi agak laju.Matanya berpinar di bawah terik cahaya matahari.Sebelum melintas,Wardatul Jannah melihat ke kiri jalan,bimbang ada kenderaan,tapi matanya mula berpinar-pinar,kepalanya juga dirasakan seperti berpusing.

Tiba-tiba...

Tiba-tiba,dia rebah di tengah-tengah jalan raya.Kereta laju dari arah kiri tidak sempat membrek dan menggilisnya menyebabkan tubuhnya terpelanting jauh ke atas rumput di tepi jalan.Kepala Wardatul Jannah terhantuk batu,menyebabkan dia kehilangan banyak darah.

Kereta itu berhenti dan memberi bantuan.Dia menghantar Wardatul Jannah terus ke hospital.Semua saksi yang melihat tidak dapat membuat apa-apa kerana kemalangan itu berlaku terlalu pantas.

Ibu bapa Wardatul Jannah selamat tiba di hospital setelah dimaklumkan oleh pihak asrama tentang kejadian itu.Tepat jam 12 malam,iaitu pada malam Jumaat,Wardatul Jannah menghembuskan nafas terakhirnya.Segala yang dirasakannya menjadi kenyataan.Wajahnya tenang dan seperti sudah bersedia bertemu Rabbnya.Doktor mengatakan Wardatul Jannah tidak cukup rehat dan badannya lemah menyebabkan dia pengsan pada hari kejadian.Beliau selamat dikebumikan pada pagi Jumaat keesokannya.

***

“Assalamu’alaikum anak-anak pelajar…”Ustazah Nadzirah memulakan kelas.Matanya merah seperti baru sahaja lepas menangis.Beliau mengumpul kekuatan untuk mengkhabarkan tentang apa yang berlaku pada Wardatul Jannah.

“Wa’alaikumussalam…”,

“Anak-anak,benar,kita tidak tahu bila ajal kita.Kita tidak tahu bila Allah akan jemput kita.Di usia tuakah?Diusia mudakah?Kita tak dapat menjangkanya.”Ustazah Nadzirah menghela nafas.Suaranya mulai berubah.

Pelajar-pelajar semua terkejut kerana tajuk yang Ustazah Nadzirah pilih pada hari itu tentang kematian dan seperti sesuatu telah berlaku kerana Ustazah Nadzirah sendiri kelihatan sedang bersedih.Mereka semua menumpukan perhatian.



“Anak-anak,Allah sangat menyayangi beliau.Allah ambil beliau yang mana masih muda,mempunyai pendirian yang kuat,sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi solehah…,” Ustazah Nadzirah mula menangis.

Pelajar-pelajarnya terkejut dan tidak tahu siapa yang dimaksudkan Ustazah Nadzirah,mereka semua tertanya-tanya.Masing-masing mula berdebar dan meremang.



“Anak-anak pelajar,tahu tak,bahawa kali terakhir pelajar ini berjumpa saya,dia minta pendapat saya,bagaimana dia nak jaga diri dia,dia diuji meminati seorang lelaki.Dia tidak izinkan saya memberitahu lelaki itu selagi dia masih berada di dalam kelas ini,kerana lelaki itu juga ada di dalam kelas ini.”Ustazah Nadzirah memandang sekilas wajah Abdullah Mujahid dan meneruskan kalamnya.



Abdullah Mujahid menunduk,sesungguhnya,dia juga mempunyai perasaan yang sama pada Wardatul Jannah.Ustazah Nadzirah sudah memberitahu padanya melalui mesej malam semalam tentang kematian Wardatul Jannah.

Pada hari Abdullah Mujahid terserempak dengan dengan Wardatul Jannah dibilik Ustazah Nadzirah,itulah hari yang mana Abdullah Mujahid memulakan langkah pertamanya selepas istikharah dilakukan untuk merisik seorang gadis dan ingin mengetahui latar belakangnya,melalui Ustazah Nadzirah sebagai orang tengah.Dan gadis itu adalah Wardatul Jannah.

Semua pelajar mulai berbisik sesama sendiri,kelas mulai bising.

Ustazah Nadzirah mula membacakan hadis yang pernah dikongsikan pada Wardatul Jannah.



من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد



[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]

Maksudnya:

“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

“Alhamdulillah,anak-anak,dia dapat capai cita-citanya,dia meninggal dalam keadaan dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar walaupun sedang jatuh cinta,tetapi dia pendamkannya sehingga kematian menjemputnya.Dan dia tergolong sebagai seorang yang syahid.Allahuakbar.Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Sesungguhnya,dialah salah seorang dari mawar-mawar syurga….”

Semua pelajar terkejut dan tahulah mereka Wardatul Jannahlah yang dimaksudkan Ustazah Nadzirah.Ada beberapa pelajar perempuan menangis tersedu-sedan menyebabkan semua yang lain juga menangis sehingga Ustazah Nadzirah sendiri membatalkan kelas pada hari itu,untuk membina semula kekuatan dirinya dan pelajar-pelajarnya.Kisah Wardatul Jannah menjadi inspirasi serta contoh yang baik buat pelajar-pelajar yang sedang diuji dengan perasaan cinta pada lelaki atau perempuan ajnabi.


…TAMAT…

Saturday, August 28, 2010

Kematian itu pasti dan peringatan bagi yang hidup..

Alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t yang Maha Agung kerana masih memberi peluang kepadaku utk menghirup udara malam yg segar ini..n utk menjalani ibadah puasa pd esk hari..alhamdulillah..utk semua pemberian Allah ini yang mana suatu hr nanti akn diambil semula olehNya..
    Ya Allah,sedih n takut rasenye bla tringatkn akn mati..takut pd saat2 menghadapi kematian..takut bla berada dlm kubur..adkh kta semua mmpu mnjawab persoalan2 malaikat nanti..astaghfirullah..
biasenye time ble  kta slalu ingt akn kmatian??smstinya time kta jatuh sakit kn??mmg x semua mcm tu..ade yg slalu ingat mati..ade yg jarang2 ingt..ape yg sy tahu,org2 yg ingt selalu akn kmatian adlh org2 yg bijak..bijak di sini bkn mksudnya pndai dlm matematik or ape2 sbjek,tp bijak di sini ialah bijak dlm mengurus kehidupannya sebagai seorang muslim..org2 yg slalu ingt akn kematian akn berusaha mmpertingkatkan amal ibadahnya kpd Allah sbg prsiapan utk brjumpa dgnNya..
    Actually,ingin benar ku kongsikan pengalamn ..pengalaman sakit..time sakitla yg mmbuatkn aku slalu ingat akn kematian..especially hari ini..sblm ni pom byk dh trjadi pd driku..huhuhu..rsenye cam nyawa nk abis je..hanya Allah yg tahu..sebenarnya,aku x taw ape sebnarnye penyakit yg ku alami..nak kate gastrik,tp smpai sesak nafas rsenye..nk kate asma,,x tawla..ade jgk trpikir pasal penyakit jantung..ya Allah,mintak2 jauh dr semua penyakit yg merbahaya ini..amiin..sblm ni,dh check 2x ecg kat hospital..alhamdulillah..tetap normal.
.ya Allah,sembuhkanlah penyakit yg ku alami ini..aku x kuat utk mengahadapinya seorg dri..kuatkan aku ya Allah..

Thursday, August 26, 2010

Macam-macamla..

Assalamualaikum semua..ape khabar??harap semuanya dlm keadaan sihat walafiat n bahagia di samping keluarga or insan yang tersayang.."pandulah cermat,ingatlah org yg tersayang"..hehe..so,moral valuenyer,ingatlah org yg trsayang yer..hehe..
Alhamdulillah,akhirnya brjaya jgk  aku daftar blog spot..hehe..sebelum ni,gna wordpress..nk cari pengalaman jgk blogging dlm blogspot ni..org kate blogspot ni lebih menarik dari wordpress..ade jgk yg kate wordpress lbh susah nk buat..mcm2laa..tp sebenarnya,kedua-duanya ade kelebihan dan keistimewaan masing-masing..
Nak cite plk bab puasa..camner puase semua??ok x..harap2 semuanye dapat memanfaatkan bulan Ramadhan yang mulia n penuh keberkatan ni..sekarang nak masuk hari ke 17 kita semua brpuasa..sedar tak sedar dah separuh bln kta brpuasa..alhamdulillah..syukur pada Allah yang masih memberi peluang kepada kita semua untuk beribadah pada bln ini..alhadulillah,syukur sgt2..sy menyeru pada diri dan semua supaya kta memperbayakkan berdoa meminta keampunan daripada Allah krn di pertengahan bln Ramadhan inilah,Allah menjanjikan kepada hambaNya yang bertaqwa dengan keampunan..