Jom Terjah ~^^~

Monday, December 6, 2010

ahLaN WaSahlan Ya Muharam

Salam Maal Hijrah..1432
       Ya Allah..cepatnya masa berlalu..pejam celik-pejam celik dah masuk tahun baru..Tahun Baru dalam Islam..alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada kita untuk merasai nikmat kehidupan di dunia ini..Sempena tahun baru  yang akan menjelma beberapa jam lagi sama-samalah kita semua muhasabah diri..adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim pada tahun lepas dengan sebaiknya?? tepuk dada tanya iman. ..
      Diharap pada tahun baru ini, kita semua mempunyai niat dan berazam untuk berhijrah membuat perubahan dalam hidup kita ke arah yang lebih baik lagi..Jika kita sudah berjaya melaksanakan sebahagian azam kita pada tahun lepas, maka teruskanlah pada tahun ini, jika pada tahun lepas kita banyak melakukan kesilapan, maka tahun ini kita perbaiki kesilapan itu dan berazam untuk tidak membuat perkara yang tidak baik lagi..

        Sebagai peringatan bersama, bacalah doa akhir tahun pada waktu akhir asar sebanyak 3 x dan baca doa awal tahun sebanyak 3 kali selepas maghrib iaitu malam satu muharam. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita pada tahun lepas dan mempermudahkan segala urusan kita pada masa depan..InsyaAllah..Di bawah ini ada sedikit perkongsian berkaitan dengan puasa sunat pada 10 Muharam yang saya ambil dari     http://tazkeerah.tripod.com/usrahcollection.html


Dalam bulan Muharram hari yang paling  bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


Nak taw lebih lanjut  tentang Bulan Muharam..jom terjah blog ni
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html *Selamat beramal 

No comments:

Post a Comment