Jom Terjah ~^^~

Wednesday, April 20, 2011

pencari kasih Adam & Hawa ^_^

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terima merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

sumber: face book..


* Melalui kata2 di atas, moral valuenya seseorang  muslim dan muslimah itu perlulah ..
1) jaga maruah diri
2) jaga pandangan
3) jaga percakapan dan akhlak
4) buatlah dengan ikhlas semata2 untuk mencari keredhaan Allah bukan semata2 mencari pasangan..

sekadar renungan bersama..^_^


Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu..

Lelaki yang baik adalah utk perempuan yang baik manakala lelaki yang tidak baik adalah utk perempuan yg tidak baik..

5 comments:

  1. terasa kerdilnya bile baca post nih..adakah aku layak mengejar cinta yg selayak2nya...ya Allah...kurniakan cintaku, iaitu seorang lelaki yang mencintaiku keranaMu..

    ReplyDelete
  2. amin ya Allah...semoga kita mendapat cintaNya dan cinta seorang lelaki yg benar-benar ikhlas mencintai krna agama..cepat betul cik adah mengomen..hehe..mantop2

    ReplyDelete
  3. nice entry...peringatan sesama kita ni..keep it up..=)

    ReplyDelete
  4. 'biar memilih...jangan tersalah pilih' quote dr kata2 shabt a...usahalah menjadi yang terbaik utk mendapatkan yang terbaik....

    ReplyDelete
  5. eda>> thanx..
    sirrulasrar>> insyaAllah..same2 usahakan..

    ReplyDelete