Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dunia globalisasi sekarang tidak boleh lari dengan kemajuan teknologi. Dengan kata lain, kemajuan teknologi telah bergerak seiring dengan proses perkembangan dan pembangunan pelbagai sektor dalam sesebuah negara. Teknologi yang dimaksudkan termasuklah dalam bidang pendidikan yang mana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pendidikan dan pengajaran. Masalahnya sekarang tidak semua guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kemudahan teknologi dalam pengajaran mereka disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kurang mahir dalam menggunakan peralatan teknologi,kemudahan seperti komputer yang tidak mencukupi dan sebagainya. Persoalannya ,apakah inisiatif-inisiatif yang sepatutnya dilakukan untuk mengatasi masalah ini sekaligus meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran..
Antara saranan yang dapat saya kongsikan di sini untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah:
1)Pihak institusi Pengajian Tinggi atau mana-mana maktab perguruan hendaklah mewajibkan para bakal guru untuk mengambil kursus Teknologi Dalam Pendidikan untuk memastikan para guru Pendidikan Islam yang bakal mengajar di sekolah-sekolah nanti berkeyakinan untuk menggunakan peralatan teknologi
2)Ada sesetengah guru yang sudah lama mengajar kurang berminat untuk menggunakan teknologi dalam proses P&P kerana kurang mahir dalam menggunakan bahan teknologi seperti komputer.Untuk golongan seperti ini, saya sarankan supaya pihak sekolah atau pihak kementerian Pendidikan menganjurkan pelbagai kursus kemahiran komputer atau seumpama dengannya untuk membantu mereka mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan dengan penggunaan teknologi.
3)Pihak Kementerian Pendidikan juga hendaklah menyediakan kemudahan teknologi seperti makmal komputer yang mencukupi. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan rungutan berkaitan kekurangan peralatan teknologi di kalangan guru-guru serta dapat menaikkan semangat mereka untuk memanfaatkan kemudahan yang ada.
4)Guru-guru hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran berasaskan teknologi secara tidak langsung seperti mengambil kursus atau tuisyen dan perlu sedar akan kepentingan menggunakan bahan teknologi ini
5)Masyarakat atau badan-badan NGO bolehlah mengadakan kempen berkaitan dengan pentingnya kemudahan teknologi kepada bidang pendidikan Islam untuk menyedarkan lagi kepada para guru sama ada yang lama mahupun yang baru mengajar supaya menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
No comments:
Post a Comment